Penulis Warkah
Friday, 24 October 2014
Doa Perpisahan
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
Warkah Terakhir Untuk Ibu.
Aku mengemas almari lama yang sudah bersawang. Sesekali aku terbatuk-batuk kerana tersedut habuk. Tiba-tiba,
satusampul berwarna putih jatuh di atas kakiku.Aku membongkok untuk mengambil sampul tersebut. Aku membelek sampul tersebut. 'Untuk Ibu.' tertulis di atas sampul tersebut. Pantas memori sepuluh tahun lalu menerjah kotak ingatan.
Aku memandang kedua-dua anak lelakiku. Along dengan angah. Kad laporan kemajuan yang berwarna hijau muda itu kemas dalam peganganku. Ku teliti kad laporan kemajuan along. Semua ditanda dengan pen berwarna biru. Purata markah, 90. Bagus. Aku tersenyum. Bangga. Namun senyuman ku pudar ketika melihat kad laporan kemajuan angah. Empat daripada sebelas matapelajaran, gagal. Purata markah, 40. Aku mendongak memandang angah. Api kemarahanku meletus.
“Angah
main-main dalam kelas ke? Keputusan peperiksaan angah teruk betul. Apa nak jadi
dengan angah? Cuba tengok along. Semua ‘A’. Tak ada yang gagal. Nanti kalau
orang kampong tanya, apa mak nak jawab? Mana mak nak letak muka? Angah tak
sayang mak ke?” kemarahanku terus dihamburkan kepada angah. Angah tertunduk.
Tiada jawapan. “Mulai hari ini, angah tak boleh keluar dengan kawan-kawan. Mak
akan hantar angah ke kelas tambahan. Dengar tak?” aku membuat keputusan. Malu
rasanya jika jiran rumah sebelah bertanya tentang keputusan peperiksaan
angah. “Tapi…” “Tak ada tapi-tapi.
Sudah, pergi masuk bilik. Solat lepastu ulangkaji. Pukul 7 mak hantar pergi
mengaji.”balasku segera berlalu ke dapur.
Angah masuk
ke dalam bilik. Air matanya yang bertakung di kolam matanya segera diseka.
Along merapati angah. Menggosok belakang angah
perlahan. “Lainkali kita ulangkaji sama-sama ya? Boleh score sama-sama.”
Kata along. Tersenyum.Memberi semangat. Angah membisu. Air matanya tidak
henti-henti mengalir. “Janganlah menangis. Smile.” Kata along seraya tersengih
kerang busuk. Angah terus membisu. “
Janganlah menangis. Mana ada lelaki menangis. Sotong adalah.” Kata along lalu
ketawa. Angah tersenyum sedikit. “Ha.. kan dah senyum.” Kata along. Angah
menutup mulut menggunakan tangannya. “Mana ada.” Kata angah. “Eleh, cover pula.
Dahla, jom solat.” Kata along bingkas bangun. Angah turut bangun. Mengekori
abangnya.
**********
Angah menyepak batu-batu kecil yang berada di hadapannya. Kata-kata ustazah Ismah di dalam kelas tadi terngiang-ngiang di telinganya. "Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang menghafaz Al-Quran,
ibu bapanya akan dihadiahkan pangkat sebagai raja dan permaisuri
syurga." 'Selama ini, aku tak pernah bagi mak senang. Mesti mak rasa aku ni menyusahkan. Kalau aku tak boleh bagi mak senang di dunia, aku bagi mak senang di akhirat.' bisik hati angah. Angah menggenggam erat penumbuknya. Azam telah ditanam.
Sebaik sahaja angah tiba di rumah, kelihatan along tersenyum gembira sambil di tangannya memegang sesuatu. Angah merapati along."Apa itu, along?" tanya angah. Pantas along memasukkan benda tersebut ke dalam kocek belakang seluarnya. "Tak.. tak ada apa-apalah. Along tergagap. Angah tidak mempercayainya. Dia tahu alongnya sedang menipu. "Along, tak baik menipu.Berdosa. Nanti Allah marah." kata angah. Along menelan liurnya. Demi menjaga hati angah, dia terpaksa menipu. "Tak ada apa-apa. Jomlah masuk. Asar dah masuk kan?" kata along. Masih lagi berselindung. Along berpusing lantas memanjat anak tangga batu. Belum sempat along menjejakkan kaki ke dalam rumah, angah memasukkan tangannya ke dalam kocek belakang seluar along.
Along yang terkesima tidak dapat berbuat apa-apa. Angah terasa sesuatu di dalam kocek seluar along lantas mengeluarkannya. Kelihatan sebuah telefon bimbit pintar. Angah terkedu. Dibeleknya telefon tersebut. Jenama mahal. Angah mendongak memandang along yang tertunduk. "Mesti mak beli untuk along kan?" air mata bertakung di kolam mata angah. Suaranya serak. Angah memberi kembali telefon bimbit tersebut kepada along. Along menyambutnya. Pantas angah memanjat anak tangga batu lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Angah meletakkan begnya. Air matanya berlinangan membasahi pipi.Aku yang melihat peristiwa itu, membiarkan angah. Ku tegah along daripada memujuk angah. "Biarkan dia. Kalau along masuk, lagi dia marah. Nanti redalah." kataku kepada along. Along akur.
***********
"Nanti hantar angah awal sedikit boleh?" aku kehairanan. "Kenapa pula ustazah?" dahiku berkerut. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Saya nak ajar sesuatu pada angah." balas ustazah. "Oh, baiklah." balasku. Angah memakai topi keledarnya. Lantas naik ke atas motosikal. "Kalau tiada apa-apa lagi, saya balik dulu ustazah." aku meminta diri. Ustazah tersenyum lantas mengangguk. "Baiklah, assalamualaikum." kata ustazah. "Waalaikumsalam."
Aku memecut motosikalku. "Angah nak berhenti dekat kedai dulu ke?" tanyaku. Selalunya, angah akan menyuruh aku berhenti di kedai untuk membeli jeruk. Jeruk adalah makanan kesukaan angah. Sama seperti arwah ayahnya.Dulu, arwah ayah angah selalu membuat jeruk. "Tak mahulah." balas angah. Walaupun angin petang menderu kuat, suara angah tetap ku dengar. Aku mengerutkan dahi. 'Kena sampuk ke?' desis hatiku. Namun, permintaan angah tetap aku tunaikan.
Sesampai sahaja di rumah, angah turun dari motosikal. Tidak seperti biasa, angah menyusun seliparnya. Selalunya, angah akan meletakkan seliparnya sesuka hati dan perkara itu selalu mengundang amarahku. Aku membiarkan perkara itu berlalu. Aku memanjat anak tangga batu rumahku. Kelihatan along sedang mengulangkaji pelajaran di meja yang terdapat di ruang tamu kecil rumahku. Aku melabuhkan duduk di atas kerusi malas. Berhampiran dengan along. "Along suka hadiah mak?" tanyaku.
Petang tadi, aku menumpang jiran sebelah untuk ke pekan. Lelah along haruslah dibalas. Lagipun, aku sudah lama menabung untuk membeli hadiah kepada along. Aku kasihan pada along. Rakan-rakannya semua menggunakan telefon bimbit. Hanya along sahaja. Biarlah aku susah. Jangan anak-anak aku sudah. Along memandangku tersenyum. "Suka mak. Terima kasih." ucap along. "Belajar rajin-rajin ya, along. Siapa lagi nak ubah kehidupan kita kalau bukan anak-anak mak." balasku.
************
"Mak, ini untuk mak." kata angah sambil tangannya menghulurkan sekeping sampul berwarna putih. Aku yang pada waktu itu sibuk menyiapkan tempahan kuih bahulu untuk kenduri masjid tidak mempedulikannya. "Mak..." "Letak atas meja tu. Nanti mak baca." balasku tanpa memandangnya. Angah menurut sahaja. "Mak, mak nak angah tolong?" angah menawarkan diri. "Tak perlu angah. Lebih baik angah pergi ulangkaji pelajaran. Tolong juga tu." balasku. Angah membisu. Angah berlalu masuk ke dalam bilik.
Tidak seberapa lama kemudian, semua tempahan berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan. Jam dinding menunjukkan pukul 6:30 minit petang. Aku menyusun bekas bahulu itu satu persatu lantas dimasukkan ke dalam beg plastik besar. Sebaik sahaja selesai, aku memanggil angah. Meminta pertolongannya untuk mengangkat bekas berisi bahulu itu untuk dihantar ke masjid. Angah yang sudah bersiap untuk ke kelas mengaji itu, membantuku. Aku akui bahawa walaupun angah bukan seorang pelajar pintar, angah seorang yang ringan tulang.
Aku menunggang motosikal menuju masjid. Sebaik sahaja tiba di masjid, angah turun dari motosikal dan mengangkat bahulu itu masuk ke dalam dapur masjid. "Ini upahnya." kata Pak Rashid, bendahari masjid seraya menghulurkan beberapa keping wang kertas. "Terima kasih imam. Lainkali, pesanlah lagi." balasku tersenyum."Insya-allah. Nanti saya pesan lagi." balas Pak Mat. "Kalau tiada apa-apa lagi, saya pergi dahulu. Assalamualaikum." aku meminta diri. "Waalaikumsalam." balas Pak Mat. Aku menuju ke arah motosikal yang dipakir di luar kawasan masid. Kelihatan angah menantiku di motosikal.
Wang kertas yang masih dalam peganganku itu melayang ke tengah jalan. Aku berlari untuk mendapatkannya. Tiba-tiba kedengaran hon sebuah lori. Aku mendongak. Terpaku. Terasa tubuhku ditolak kuat seseorang.BUM!!!!! Jasad angah terpelanting. "Angah!" aku menjerit. Pantas aku berlari mendapatkan angah.
Hospital.
Kelihatan seorang doktor memakai kot putih keluar daripada wad unit rawatan rapi.
Segera aku mendapatkan doktor tersebut. "Bagaimana dengan keadaan anak saya doktor?"tanyaku. "Awak emak kapada pesakit tadi ke?" tanya doktor tersebut. "Ya, saya mak dia." balasku. "Maaf puan. Saya dah cuba untuk lakukan yang terbaik namun gagal. Saya harap puan dapat bersabar dengan situasi ini." kata doktor tersebut. "Doktor cakap apa ini? anak saya belum mati lagi. Doktor jangan buat lawak." aku seakan tak percaya. "Maaf puan, namun itulah hakikatnya." balas doktor tersebut pantas berlalu. Aku jatuh terduduk. Air mataku menitis. "Mak.. sabar ya mak." pujuk along.
**********
Aku membuka sampul surat yang diberi angah. Kelihatan sekeping kertas putih bertulisan tangan.
Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum emak. Tujuan angah menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kepada emak. Selama ini, angah banyak susahkan emak. Angah tahu, emak rasa terbeban dengan kehadiran angah. Angah selalu buat mak marah. Maafkan angah mak. Mak, angah tak mampu buat mak gembira di dunia. Tapi angah dah berjaya hafal 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah mak! Selepas angah tahu yang sesiapa yang hafal Al-Quran mak ayah dia akan jadi raja dan permaisuri syurga, angah terus bersemangat. Mak, halalkan makan dan minum angah mak. Selama ini, makan pakai angah terjaga disebabkan mak. Sejak ayah meninggal, mak sajalah tempat along dan angah bergantung. Mak tak pernah merungut. Mak jaga kami dengan penuh kasih sayang. Mak, walaupun angah tak dapat apa yang along dapat angah,tetap bersyukur. Kerana ada emak dalam hidup angah. Tanpa emak, angah tak wujud dalam dunia ini. Terima kasih mak. Mak, berkatilah segala-galanya. Angah nak minta redha mak. Angah harap, mak dapat meredhai angah dalam semua perbuatan dan niat angah. Mak, angah sayang mak. Terima kasih mak. Tanpa emak, siapalah angah.Sayang,
-Angah-
Air mataku menitis. Hiba menikam jiwa.Warkah daripada angah didakap erat. 'Angah.. kenapa kau pergi terlalu awal nak? Emak sayangkan angah... Sayang sangat.' hatiku berbisik hiba.

-WARKAH TERAKHIR UNTUK IBU TAMAT-
Subscribe to:
Comments (Atom)